SPONSOR

Monday, May 31, 2010

Melancap siri 1

Rasa nye semua tahu ttg perkara ini...tapi....adakah ianya membawa kebaikan?atau keburukan semata2?

Apakah itu melancap?

* Melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu (orgasm).
* Ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual dan boleh berlaku kepada remaja lelaki mahupun remaja perempuan.
* Ramai orang tidak mahu membincangkan perkara ini atau mengaku melakukannya kerana mereka mungkin berasa malu.
* Ia adalah sesuatu yang amat peribadi dan sulit.


Adakah melancap satu kesalahan?

* Melancap boleh dianggap sebagai satu proses pertumbuhan yang normal, namun tidak semua individu melakukannya.
* Ia merupakan pengalaman pertama untuk mendapatkan keseronokan seksual.
* Melancap berseorangan atau dengan pasangan anda adalah satu cara untuk mendapat keseronokan seksual tanpa risiko mengandung atau menghidap penyakit kelamin.
* Sekiranya anda melancap dan berasa bersalah setelah melakukannya, sila dapatkan nasihat daripada sumber yang anda boleh percayai.


Ianya adalah satu kesalahan apabila

* Ia dilakukan di khalayak ramai atau di tempat terbuka
* Ia dilakukan dengan begitu kerap sehingga anda menjadi ketagih untuk melakukannya.


Apakah pandangan agama mengenai melancap ?

* Di Malaysia, kebanyakan adat/budaya dan agama melarang perbuatan melancap.
* Sebagai contoh, agama Islam dan Katolik melarang perbuatan melancap.
* Anda perlu mengambil kira pandangan agama anda ketika membuat keputusan untuk melancap.
* Adalah lebih baik sekiranya anda boleh membincangkan isu-isu agama bersama guru-guru agama dan ibubapa anda.


Adakah ianya merbahaya?

Ianya boleh menjadi bahaya jika :

* Ia dilakukan dengan agresif sehingga boleh mencederakan diri anda
* Ia dilakukan terlalu kerap sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi

Contohnya:
* Seorang menggunakan berbagai jenis bahan, contohnya kain yang kasar untuk memberikan lebih rangsangan kepada bahagian kemaluan sehinggga menyebabkan luka di bahagian kemaluan.
* Seorang remaja lelaki mendapati dirinya mudah menjadi penat dan tiada tenaga untuk bangun pagi ke sekolah. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kenapa? Ini kerana dia menghabiskan waktu malam dengan melancap dan asyik memikirkan tentang perkara ini. Dia juga risau ahli keluarga dan rakan-rakan akan mengetahui bahawa dia melakukan perkara ini. Dia juga malu dan bersalah kerana melakukan perbuatan yang dilarang.
* Tingkah laku melancap jika tidak dirawat akan menyebabkan kecelaruan emosi dan pelaku merasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.
* Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi..

1 comment:

  1. nantika siri kedua tentang melancap ini...byk lg yg boleh dikupas...
    klu ada pape komen dialu2 kn untuk post di sini ye:)

    ReplyDelete